THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 23 March 2011

JENAKA TELADAN!!!

Jenaka Helah Kahwin Lain Terkantoi


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular," dua atau lebih "Plural."
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh. tambah huruf "s" untuk yang plural.
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.
Suami: Macam mana pula boleh sama?
Isteri: Satu isteri abang mampu, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang mampus. Tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.


*******************************************************************************
Hahaha... amik kau... bijak-bijak wife dia tu... emm, kepada yang pernah alami atau bakal alami mana lah tau kan boleh dipraktikkan ni.

ADIK-ADIKKU INSYAALLAH BOLEH... MEMANG BEST!!!

Hari ni aku nak share pasal satu realiti tv yang dianjurkan oleh RTM dan JAKIM, iaitu "Adik-Adikku".. Kebetulan aku tgk nie pun start dr first episode, memang aku jatuh hati dengan rancangan ni.. so, tiap-tiap petang kul 6.30 pm aku akan tengok rancangan nie, and aku suke nyanyikan lagu tema adik-adikku kat anakku..And die pon nampak cam suke tgk rancangan nie jugak..Yela..dengan kaler-kaler, adik-adik ni wat persembahan ade selitkan nasyid, bace hadis, nyanyi, lakonan, ngaji dalam pidato diorang, memang awesome!! Bukan setakat Sara suke tgk, ibu Sara pun teruja..


So, Isnin malam final program adik-adikku nie.. Memang aku kagum dgn semangat adik-adik nie..Cara diorang sampaikan pidato diorang, mmg terbaik lah.. Aku selalu tersentuh dengan cara penyampaian diorang, sebab bile part sedey, memang nangis, syahdu smpi wujud rase sebak dalam hati.. Memang tak sangke, adik-adik ni dapat sampaikan mesej-mesej yang baik, ilmu yang bergune walaupun umur diorang masih setahun jagung ... Memang aku kagum.

JOM RELAKS!!!

1) Jenaka Masa Belajar
Pada suatu hari, seorang cikgu sedang mengajar anak muridnya mengenai rajah seekor kucing.
Cikgu : Anak-anak kucing ada berpa mata?
Abu : Kucing ada dua mata cikgu.
Cikgu : Kucing ada berapa kaki?
Ali : Kucing ada empat kaki cikgu.
Tiba-tiba, seorang murid ingin bertanyakan sesuatu...
Izan : Cikgu, boleh saya tanya?
Cikgu : Boleh, apa salahnya.
Izan : Cikgu tak pernah tengok kucing ke?

2) Lawak Kelakar Sedara Kite
Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar menaiki kereta. Dlm perjalanan, ibunye membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon dan sape org tu?
Ibu : Tu sedara kite, kenalah hormat.
Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yang nak melintas lalu ibunya membunyikan hon.
Anak : Tu pun sedara kite ke?

3) Kad Kelakar Untuk Opah
Seorang budak lelaki menulis dalam kad birthday untuk Opahnya.

Salam Opah,
Happy belated birthday! Sorry Daniel lupa birthday opah minggu lepas. Sebagai denda sebab Daniel lupa, harap opah pun akan lupa pasal birthday Daniel pulak Selasa depan. Bye Opah!

Daniel

IBU BACAKAN YE... HEHEHE


Ini la kisah yang kubacakan kepada permata hatiku malam tadi... terkebil-kebil dia mendengarnya... tak berkelip mata dia melihat gambar... bukan main sibuk tangannya nak pegang buku sama... walaupun dia masih kecil dan belum faham lagi apa yang aku bacakan aku harap inilah langkah pertama untuk kumulakan didikan padanya.

Tuesday 22 March 2011

MARI IBU BACAKAN!!!

Inilah majalah pertama anakku. Semoga terpelihara minda, akhlak dan imannya.

SYUKUR!!!


Syukur padaMu Ya Allah kerana pemberian rezeki yang tak pernah aku dan suamiku duga baru-baru ni. Kami terima dengan penuh rasa kesyukuran berbaur kegembiraan. Semoga rezeki kami semakin murah... Amin!!!

LAYAN...TERBAIK!!!

Ni la kartun favourite familiku... Layan je untuk release tension masa keje.

Monday 21 March 2011

SEPANJANG MINGGU LEPAS DI RUMAH PARENT'S KU!!!

Walaupun masakan simple tapi kami sekeluarga tetap menikmatinya dengan penuh suasana gembira sebab semua dapat berkumpul walaupun sibuk dengan urusan masing-masing.

Hari Ahad (20/03/2011) ~ Ini je lah lauk yang sempat dimasak

Hari Sabtu (19/03/2011) ~ Semua ahli keluargaku lenguh rahang sebab sepit ketam bukan main keras lagi walaupun dah diketuk... huhuhu...Walaubagaimanapun rasa tetap terbaik sebab ketam fresh.

Jumaat malam (18/3/2011) ~ sambut besday my lovely niece Nur Fatin Syamimi... Nak makan malam selit jap acara potong memotong kek.

Thursday 17 March 2011

INILAH KESAYANGANKU!!!

 Dah takde keje... amik h/set snap gambar... dah takde gambar orang lain dah... balik-balik gambar sikecik tp ada plak gambar si besar... hahaha... hentam je la labu...

LAYAN JE!!!



Trilogi Cinta merupakan telenovela melayu terbaru yang ditayangkan di RTM 1 mulai 2 Januari 2011 setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Trilogi Cinta diadaptasikan daripada kombinasi 3 novel popular daripada salah seorang penulis kegemaranku (Sharifah Abu Saleem)...tak missed lagi...tepat waktu and hari aku mesti dah tercongok depan tv with my love daughter...memang menyentuh perasaanku...kadang-kadang aku menangis...kadang-kadang aku marah...kadang-kadang aku ketawa...kadang-kadang aku tak tau nak bagi reaksi ape...huhuhu

Wednesday 16 March 2011

ANUGERAH ISTIMEWA!!!

29/10/2010 ~ Noor Farhana Maisara telah selamat kulahirkan pada jam 1.02 pagi (Jumaat) dengan berat 2.8 kg... Setelah 3 tahun aku dan suami menunggu kehadiran cahayamata untuk serikan rumahtangga kami akhirnya doa kami dimakbulkan... Kini permata hatiku berusia 5 bulan... Syukur padaMu Ya Allah.

MY WEDDING!!!

Kawin pada 11 Mac 2007... Macam-macam kisah sebelum cinta bertaut... Bila teringat kelakar gak... Kadang-kadang bila pikir sesetengah perkara yang kita tak suka tu la yang kita akan dapat... Tapi apa pun itu lah jodoh namanya... Hihihi

SELAMAT DATANG!!!

Aii...time kacih sebab sudi lawat blog kite...hihihi