THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 3 July 2011

DIA LAGI!!!

Lagi satu drama si Aaron Aziz...Tahajjud Cinta yang rasa-rasanya akan ganti drama Keranamu Laila setiap Jumaat kul 9 mlm...dari barisan pelakon mungkin bakal menjadi saingan drama Nur Kasih...pelakon-pelakon Nur Kasih pun ada jugak.

Tahajjud Cinta - hasil arahan Erma Fatima
 Barisan pelakon :
Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi (kalo disebut satu persatu penat nak taip weh...)
Sinopsis :
Tahajjud Cinta berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka. Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.
Drama 13 episod ini hasil terbitan dari syarikat produksi Rumah Karya Citra.

Sure best nie!!! tengok sahaja barisan pelakonnya.

SI AA NI LAGI!!!

Memang dah rezeki si Aaron Aziz tahun ni...pas satu...satu drama lakonan dia ditayangkan...belum abis lagi orang dok citer pasal drama NORA ELENA dah drama lain pulak yang keluar.
STANZA CINTA dah masuk episod ke2...jalan citer ok la...Wat masa ni aku suka melayan drama yang diadaptasikan dari novel-novel ni...Jom aku citer cikit pasal STANZA CINTA ni.
Setiap Ahad tv3 kul 9


Watak-watak:
Amni Sorfina - Nur Fathia (seprg guru agama yg lemah lembut,penyayang,tabah,solehah)
Irfan - Aaron Aziz (tunang Amni Sorfina,pemuda kacak yang kaya dan baik serta sangat mencintai tunangnya dengan luhur & ikhlas)
Taufik - Fizz Fairuz (cinta pertama Amni Sorfina,agak alim,berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama)

Sinopsis :
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

Nak tau kesudahan dan cerita dalam Stanza Cinta ni, tengok la drama ni tau.