THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 17 November 2011

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

Baru je jadi follower blog ni sebab baru mula minat nak masak memasak ni ... walaupun dah terlewat tapi saya nak join gak contest ni ... untung batu tenggelam ... untung sabut timbul ... hehehe

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN GA :

1) Terbuka pada semua follower blog saya ini .
* dah jadi follower dah*

2) Sila TINGGAL KAN JEJAK / LINK BLOG ANDA ATAU EMAIL dalam ruang comment n3 GA ini .
*done!!!*

HADIAH-HADIAH UNTUK GA NI : klik di sini untuk lihat.

Tuesday 15 November 2011

DAH SAMPAI!!!





Novel ni hadiah dari Penulis sebab berjaya meneka lagu background salah satu blog nya dengan betul ... best!!! tapi tebal sungguh bukunya ... 858 muka surat ... entah bila baru habis baca ... apa pun TQ to Hanni Ramsul, chikadakbiru & Gomo FM.

Sunday 13 November 2011

MENU HARI SABTU!!!

Sabtu (12/11/2011) - Tak jadi pegi ofis sbb sistem PRISM tak boleh log in ... bila duduk umah macam biasa rutin suri rumah memasak,mengemas,membasuh & segala 'me' lagi la ... so, ini la menu yang menjadi habuan perut kami sekeluarga.

Sarapan Pagi :
1) Karipap sardin
2) Cucur badak
3) Nasi goreng kampung
4) Cucur untuk si kecik (kentang yang dipotong kecik-kecik+sedikit ikan bilis tumbuk yang dibuang tulangnya)
* Menu (1) - beli yang segera je cuma tugasku gorengkan je ... almaklumla aku ni tak pandai wat karipap putar tu ... karipap biasa pun tak pandai ... hehehe






Tengahari :
1) Nasi putih
2) Sambal ikan bilis petai
3) Daging goreng kunyit
4) Ikan talapia goreng
5) Bubur nasi untuk si kecik (daging+kentang+carrot)








Makan petang :
Kuey teow goreng



Makan malam :
Makan kat kampung ... lepas makan petang hubby bawak anakku gi ronda-ronda ... so,aku amik kesempatan mop lantai umah ... pas mop lantai aku bersihkan diri & solat Asar ... lps solat kami pun balkik ke kampungku ... kat Matang jeeeee.



Wednesday 9 November 2011

MENU MALAM NI!!!

Kt dalam peti ada daging, ikan talapia, sayur (bunga jagung, carrot) aje … plan nak msk kari daging, ikan talapia goreng (goreng biasa je sbb si kecik tu suka mkn ikan) & sup sayur … so,kena singgah kedai dulu la … Balik dari ofis aku singgah kedai runcit cari bahan yg blm cukup tuk dinner mlm ni.


List Barang Yang Perlu Dicari
1. Santan
2. Kayu manis
3. Bunga cengkih
4. Bunga lawang
5. Kacang buncis
6. Udang
7. Fish ball
8. Fish Cake

Sampai aje umah … rehat jap … pastu gi mandi & solat … pas solat aku start sediakan bahan2 tuk masak dinner mlm ni (daging & ikan yg dlm tmpt beku tu hubby dh kuarkan sebelum aku smpi umah lg) … so, mcm biasa aku msk hubby kena jaga si kecik ku itu (tak blh biar si kecik tu kena sentiasa dikawal sbb br dpt kaki … hehehe) ... Kul 7.45 selesai masak … Alhamdulillah, menu dinner seperti yang dirancang … di bawah ni gambar2 menu dinner ku tuk santapan mata kekwn blogger sume … hehehe




JUMPA JUGA AKHIRNYA!!!

Rasanya dah dekat sebulan mencari jus ni … akhirnya jumpa gak kat farmasi yang dekat jam besar tu … sori nama farmasi tu tak ingat … hehehe … aku cari jus ni sebab niat nak tambah susu memandangkan aku masih lagi menyusu walaupun tak sepenuhnya … semalam dah cuba rasa sedap gak manis2 buah … bau cam maajun ckit … hari ni siap bawa bekal lagi.


Ramuan Jus Kurma Pegaga

• Kurma
• Pegaga
• Kismis
• Habbatussauda'
• Halia
• Madu
• Safron

Antara khasiat Kurma Pegaga ini ialah:

1. meningkatkan kecerdasan tenaga dan minda (terutama pelajar)
2. mengatasi masalah dalaman wanita
3. membetulkan masalah haid
4. menghilangkan keletihan (sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung)
5. menambah susu ibu yang menyusukan anak
6. mengatasi masalah stress dan batuk serta mengurangkan demam terutama kanak-kanak
7. meningkatkan kesihatan untuk semua golongan
8. menambah tenaga bagi lelaki dan ahli sukan
9. sesuai diamalkan oleh pengidap darah tinggi dan tekanan darah rendah
10. mengurangkan demam





REZEKI AIDIL ADHA!!!


Biskut Strawberry Trakinas – biskut yang aku menang sempena give away pertama naza isma home made … TQ naza isma … 1/11/11 kul 3.30 petang dia datang hantar by hand lagi … ms tu ujan lebat giler … apa pun biskut ni memang sedap … dijadikan santapan sempena Aidil Adha … mendapat pujian dari seisi keluarga.

Saturday 5 November 2011

PULUT KUNING + KARI AYAM ... TERBAIK!!!


4/11/11 – Majlis bacaan Yassin di ofis ku … di majlis tersebut aku mengambil kesempatan menjamu kekawan ofis pulut kuning + kari ayam sempena umur anakku yang genap setahun … semoga anakku menjadi anak yang solehah … Amin!!!
Pulut kuning + kari ayam tu sponsor dari aku & nani yang ditempah khas dari puan chikadakbiru … TQ to chikadakbiru & mak dia yang sanggup korbankan masa tido … InsyaAllah tahun depan order lagi … hahaha