THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 29 June 2011

SARA DI USIA 8 BULAN!!!

Noor Farhana Maisara di usia 8 bulan...cepatnya masa berlalu...memang suke bergambar...nampak ibu bawak handset dia dah siap posing...memang anak ayah sebab hubby aku pun suke posing tapi aku tak suke ambik gambar hubby aku...paham-paham la...gambar air muka sepesen je...army la katakan.

Thursday 23 June 2011

FILEM NI PULAK BILA???

Filem ni pun tak tengok lagi...aku suka tengok panda tu...comei & cute walaupun banyak lemak...hehehe

NAK TENGOK FILEM NI!!!

sebulan dah berlalu...huhuhu
Bila la baru dapat tengok filem ni...beberapa minggu lepas hubby ada ajak gi tengok tapi masa tu jual mahal...padan muka aku...huhuhu...

"By,jom la kita tengok wayang citer ni...isk...isk...cakap je ok sayang booking tiket tapi abang bayar la"

MASIH KAH ADA CINTA?

ADAM melihat rumah itu sepi. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Pada mulanya dia menyangka rumah itu sudah didiami oleh emak saudaranya. Tambahan pula dia yang beriya sangat menuntut haknya sebagai pewaris tanah pesaka adat. Puaslah hatinya kerana rumah pesaka itu menjadi miliknya.

Adam berjanji pada dirinya sendiri tidak akan menuntut apa-apa kerana dia sedar sebagai anak lelaki yang dilahirkan dalam masyarakat Adat Perpatih, dia tidak berhak mewarisi apa-apa yang diistilahkan sebagai pesaka adat. .Tujuan dia pulang hanya untuk melihat rumah itu buat kali yang terakhir kerana dia sudah bertekad tidak akan menjejakkan kakinya lagi ke kampung itu buat selamanya.

Beberapa hari sebelum dibebaskan Adam sudah merangka apa yang akan dilakukannya. Mula-mula dia akan pulang ke kampung tempat kelahirannya untuk menziarahi pusara ayah dan ibunya. Kemudian dia akan melihat rumah peninggalan arwah ibunya buat kali yang terakhir. Dan selepas itu dia akan membawa diri jauh dari kampung halamannya. Dia akan berserah pada nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Dia pasrah.

Bukan dia tidak sayang kepada kampung halamannya. Kalau boleh dia ingin menetap di situ sehingga ke akhir hayat tetapi apakan daya kerana pada pendapatnya tertutup sudah pintu harapan.. Tidak ada lagi peluang untuk membina kehidupoan baru. Semua yang diusahakannya selama ini sia-sia sahaja. Adam berpendapat lebih baik dia merantau jauh dari kampung halamannya untuk memulakan kehidupan baru.

Adam tahu, selama dia berada dalam penjara pernah beberapa kali Siti Hawa hendak melawatnya. Tetapi Adam menolaknya. Dia sengaja tidak mahu dilawati oleh sesiapa lebih lagi Siti Hawa. Adam ingin melupakan semua orang yang terlibat dengan dirinya sebelum di hukum penjara. Bukan dia sudah lupa kepada insan yang telah banyak menolongnya.. Dia tidak akan melupakan budi baik yang diberikan oleh Siti Hawa. Cuma dia tidak mahu Siti Hawa membuang masa menunggu dia dibebaskan dari penjara. Tambahan pula dia sedar status dirinya sebagai banduan tidak layak untuk berdampingan dengan seorang jutawan muda seperti Siti Hawa. Bagi Adam biarlah semuanya menjadi kenang-kenangan dalam hidupnya..

Kerana itu pada hari dia dibebaskan tidak siapa yang menunggunya di luar penjara. Dan dia tidak berasa sedih bila melihat kawan-kawan yang sama-sama keluar dengannya disambut oleh keluarga masaing-masing. Dia sengaja tidak memberitahu sesiapa pada hari pembebasannya. Tambahan pula dia dipendekkan hukuman kerana berkelakuan baik. Adam sudah bertekad hendak memulakan kehidupan baru secara bersendirian.

Adam berasa sedih bila melihat rumah pesaka peninggalan arwah ibunya terbiar. Halaman rumah itu semak samun. Sampah sarap bertaburan kerana tidak pernah disapu. Rumput dan tumbuhan liar memenuhi halaman rumah kerana tidak pernah dibersihkan. Kelihatan sarang anai-anai bersalut di tiang rumah. Ketika dia mendiami rumah itu dulu, setiap petang selepas Solat Asyar, Adam akan membersihkan halaman rumah. Menarah rumput yang tumbuh meliar dan sebagainya. Hasilnya, rumah itu nampak bersih walaupun rumah lama.

Adam menaiki tangga rumah itu dengan hati yang berdebar. Terketar-ketar tangannya mengetuk pintu. Dan seperti yang dijangkanya tidak ada jawapan menandakan rumah itu tidak berpenghuni. Pintu dan tingkap tertutup rapat. Terlintas juga pada fikiran Adam hendak memecah masuk melalui pintu rumah itu tetapi dia segera membatalkan niatnya kerana kuatir rumah itu sudah bertukar hak milik. Lebih baik dia pergi dari siti sebelum dituduh cuba memecah rumah..

Tiba-tiba Adam teringat kawasan paya di belakang rumah. Dia ingin melihat projek impiannya itu sebelum pergi. Ketika dia ditahan polis kerja-kerja mengeringkan air di kawasan paya itu sedang dijalankan. Kini sudah dua tahun berlalu. Mungkin kawasan paya itu terbiar semula.

Adam terpegun. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Digosok matanya berkali-kali untuk mempastikan dia tidak bermimpi. Di hadapannya kini terbentang ladang Kelapa Sawit. Kawasan paya dan kawasan hutan yang dulunya semak samun kini berubah wajah. Pokok-pokok Kelapa Sawit subur menghijau menunggu masa untuk mengeluarkan hasil. Di tengah ladang itu ada sebuah rumah yang besar dan cantik. Siapakah tuan punya ladang ini?. Siapakah pemilik istana itu?. Tanya Adam pada dirinya sendiri.

Adam berjalan menghampiri rumah itu. Ia bukan rumah tapi lebih layak dipanggil sebuah istana. Adam berdiri di halamannya. Dia teringat mimpi yang pernah diceritakan oleh ibunya. Berjurus lamanya Adam berdiri di halaman rumah itu. Kembali dia sedar siapa dirinya. Sebagai bekas seorang banduan, kehadirannya di siti boleh menimbulkan rasa curiga kepada penghuni rumah tersebut. Dengan satu panggilan telefon ke Balai Polis dia boleh disumbatkan semula ke dalam penjara. Lalu Adam mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu. Tiba-tiba seorang perempuan berumur keluar dari rumah itu lalu menghampiri Adam.

“ Awakkah yang bernama Adam?” tanya perempuan itu.

“ Macam mana Mak Cik tahu nama saya Adam?” tanya Adam pula.

“ Saya Mak Yam. Saya ditugaskan untuk menjaga rumah ini. Dan saya disuruh menunggu kepulangan Adam,” jawab Mak Yam.

“ Saya masih berasa hairan,” kata Adam. “ Macam mana Mak Yam tahu nama saya Adam?”

“ Tuan punya rumah ini selalu menyebut nama Adam. Dan hati Mak Yam kuat mengatakan awaklah pemuda yang bernama Adam itu.”

“ Siapa tuan punya rumah ini?. Dan siapa pemilik ladang ini?”

“ Namanya Siti Hawa. Dia lakukan semua ini kerana Adam. Awak bertuah kerana ada seorang perempuan yang mencintai awak dengan sepenuh hatinya.”

Adam tertawa. Geli hatinya mendengar kata-kata Mak Yam.

“ Jangan nak bergurau dengan saya. Antara saya dengan Siti Hawa sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.”

“ Jangan cakap macam itu, Adam,” kata Mak Yam. “ Awak sepatutnya menghargai apa yang telah dilakukan oleh Siti Hawa.”

“ Apa yang dia dah lakukan?”

“ Ladang dan rumah ini adalah lambang cintanya kepada Adam.”

Adam terpegun mendengarnya. Namun hatinya masih berbelah bahagi antara percaya dengan tidak. Mak Yam mempersilakan Adam masuk ke dalam rumah. Pada mulanya Adam berasa segan hendak memijakkan kakinya ke dalam istana itu. Tetapi setelah didesak berkali-kali oleh Mak Yam, akhirnya Adam setuju. Dan hatinya berasa kagum bila melihat hiasan dalaman rumah itu. Persis bagaikan istana.

“ Duduklah, Adam. Nanti Mak Yam ambilkan air. Kau tentu haus dan lapar,” kata Mak Yam sambil berlalu ke dapur.

Tidak lama kemudian Mak Yam datang semula membawa seteko air kopi dan sepiring biskut.

“ Jemputlah Adam. Jangan malu-malu,” pelawa Mak Yam.

Tiba-tiba telefon berbunyi. Mak Yam segera menyambutnya..

“ Ada orang nak bercakap dengan Adam,” kata Mak Yam sambil menghulurkan telefon di tangannya kepada Adam. Dengan dada yang berdedar Adam meyambut telefon tersebut.

“ Hello,” katanya.Tetapi tidak ada apa-apa jawapan.

“ Hello,” kata Adam lagi.

“ Assalamualaikum,” kedengaran suara di gagang telefon.

Adam segera menjawab salam. Dia sudah dapat mengecam suara yang bercakap dengannya ialah Siti Hawa.

“ Selamat pulang, selamat bertemu kembali dan selamat memulakan kehidupan baru,” begitu lunak Siti Hawa menuturkannya.

“ Terima kasih,” balas Adam “ Siti Hawa di mana?”

“ Di halaman rumah.”

Adam segera keluar dan kelihatan Siti Hawa, Pak Abu dan Tuan Haji Basir berdiri di halaman. Adam mendapatkan mereka lalu bersalaman.

“ Sebaik saja kami mendapat berita Adam dibebaskan terus datang ke sini,” kata Tuan Haji Basir.

“ Bersyukurlah kerana Adam sudah dibebaskan,” kata Pak Abu pula.

“ Lupakan kenangan lalu. Mari kita mulakan hidup baru,” kata Siti Hawa pula. .

“ Tetapi bukan di sini,” kata Adam. “ Saya sudah tidak ada tempat lagi di kampung ini.”

“ Kenapa Adam cakap macam itu?” tanya Siti Hawa.

“ Rumah dan tanah pesaka adat peninggalan arwah ibu saya akan diserahkan kepada yang berhak mengikut sistem Adat Perpatih. Dan saya akan pergi jauh dari sini.”

“ Adam nak pergi ke mana?. Cuba cakap pada Pak Cik?” tanya Pak Abu.

Adam termenung. Dia berasa serba salah hendak menjawabnya. Tambahan pula dia sendiri belum tahu ke mana arah tujuannya hendak membawa diri. Apa yang terlintas pada fikirannya ialah meninggalkan kampung itu.

“ Pada pendapat Pak Cik, Adam lebih selamat berada di sini dari berada di luar sana. Tambahan pula di sini Adam dilahirkan, di sini Adam dibesarkan. Rezeki Adam berada di sini bukan di luar sana.”

“ Apa maksud, Pak Cik?” tanya Adam.

“ Lebih baik kalau Siti Hawa sendiri yang menjelaskannya,” jawab Pak Abu.

“ Lebih elok kita berbincang dalam rumah,” kata Tuan Haji Basir pula.

Mereka masuk ke dalam rumah dan masing-masing mengambil tempat duduk di ruang tamu. Kemudian Siti Hawa pun berkata;

“ Tentulah tidak menjadi satu kesalahan kalau seseorang itu berkorban untuk orang yang disayanginya. Khadijah sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk seorang lelaki yang dicintainya bernama Muhammad. Shah Jehan sanggup membina Taj Mahal untuk orang yang dicintainya.”

Siti Hawa diam. Dia menunggu reaksi dari Adam. Namun pemuda itu terus berdiam diri. Tuan Haji Basir segera mencelah.

“ Adam sanggup masuk penjara kerana sayangkan seseorang. Siti Hawa sanggup mengorbankan hartanya untuk membina rumah dan ladang ini juga kerana sayangkan seseorang. Betapa agongnya cinta.”

Perasaan Adam tersentuh bila mendengar kata-kata itu. Dia memandang Siti Hawa. Dan Siti Hawa juga membalas pandangan Adam. Mata mereka bertentangan.

“ Memang benar kata Tuan Haji Basir,” kata Siti Hawa. “ Ladang dan rumah ini untuk Adam. Terimalah ini sebagai hadiah dari Siti.”

Adam merasa lidahnya kelu untuk mengucapkan kata-kata. Perasaannya amat terharu mendengarnya. Haruskah dia menerima atau menolak hadiah itu?. Adam teringat mimpi yang diceritakan oleh ibunya.

...TAMAT...

Nantikan cerpen pendek seterusnya...cewah...hehehe...

Tuesday 21 June 2011

NAPE EK???


Kenapa perempuan suka muncungkan mulut ketika bergambar?...kekawan sume ada terfikir tak soalan camni?...mesti ada kan?...tak baik tak ngaku tau...hihihi...jarang nampak lelaki yang beraksi macam tu...kalo ada pun dua tiga kerat je...konon nak tiru donald duck...ooohhh so sweet (sweet ke?)...donald duck tu kan kartun...itik pulak tu.....tapi kalo kita ni wat camtu apa rupanye ye?...kalo sesekali tak boleh nak kata apa la kot teringin nak simpan sekeping gambar bermuncung itik wat kenangan (tu pun kalo rupa semenggah) tapi kalo dah nyampah nak bilang kalinya???huhuhu...tak dinafikan ada yang nampak cute bila bergambar muncungkan mulut contohnya kanak-kanak kecik yang memang kita tau diorang ni wat aksi apa pun still nampak cute & comei...tapi kalo kita yang dah tak berapa kecik umur yang semakin besar ni kekadang...oohhh...huduh la.

Ni pendapat aku la...takde kena mengena dengan yang idup mahupun yang mati...negara kita kan negara demokrasi so kita kan bebas bersuara untuk kebaikan bukan permusuhan.

HEPI AYAH & ABAH DAY ... HEHEHE

'Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya'

Dulu...
"I Love U Abah With All My Heart"
Subuh Bangun Nampak Abah
Zohor Dengan Abah
Asar Dekat Dengan Abah
Maghrib Dengan Abah
Isyak Pun Dengan Abah
Nak Tidur Ucap Selamat Malam Abah

Sekarang...
"I Love U Ayah With All My Heart"
Tenkiu Sebab Selalu Jadi Hero Ibu
Subuh Bangun Nampak Ayah
Zohor Sama Dengan Ayah
Asar Dekat Dengan Ayah
Maghrib Jadi Makmum Ayah
Isyak Cium Tangan Ayah
Sebelum Tidur Ampunkan Ibu Ayah

to my dearest dad & hubby...
if you only know how much i really love both of you...

dear dad...
i am proud to have a dad such as you..

dear hubby...
i am so thankful to have a lover like you..


to all the dads n dad to be..out there...

Happy Fathers' Day...

Monday 20 June 2011

SETEL DAH ... YE YE !!!

'Sketsa Perang' di pertengahan jalan menghadirkan detik pertemuan pertama antara Minah Sewel (Iman) dan Mamat 3 Suku (Arie). Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.


Iman - gadis comel yang nakal & berperwatakan kasar kerana mahu melindungi diri lantaran pengalaman dihalau ibu tirinya setelah bapa angkatnya yang dipanggil abah meninggal dunia. Kehadiran Suhaila & Razif secara kebetulan membolehkan dia menumpang kasih & sayang.

Arie - pilot yang kacak penuh karisma. Pertemuannya dengan Iman dek kerana satu kemalangan menghadirkan seorang musuh. Ditambah lagi sikap kasar & mulut celupar Iman membuatkan dia kejengkelan.

Kerana Suhaila & Razif mereka berdamai...Suhaila kakak ipar Iman & Razif abang kandung Iman yang telah lama terpisah (Iman diculik semasa bayi kerana perasaan dengki) manakala Arie best friend Razif & sekampung dengan Razif...Julia girlfriend Arie yang gedik,sombong & materialistik...Disaat Arie kecewa & sedih ditinggalkan Julia yang curang, permintaan terakhir atuknya yang sedang nazak menambahkan lagi kekusutan...Namun kematangan diri & pemikiran Iman membuatkan Arie bersetuju memenuhi permintaan terakhir atuknya yang ingin Arie memperisterikan Iman...Perkahwinan bukan atas dasar cinta menjerat Iman...Arie tidak dapat menempatkan kehadiran Iman dihatinya namun Iman sentiasa sabar & sentiasa berusaha memikat Arie...Berkat kesabaran & usaha yang diiringi dengan doa akhirnya hati Arie terbuka untuk Iman...Kehadiran cahayamata kembar perempuan mengukuhkan lagi hubungan mereka suami isteri & hidup bahagia.

Novel ni boleh tahan la...sempoi sangat...ada part wat aku tersenyum...ada bahagian wat aku nangis...biasa la aku kan sensitif...antara part yang wat aku tersenyum...suami pun nak di 'backhand' nya...yang wat aku nangis...sikap dingin Arie hingga sampai satu tahap disamakan Iman dengan x-girlfriendnya.

Wednesday 15 June 2011

HUBBY BELANJA A&W...YUHU!!!

Hubby belanje A & W semalam... bulan lepas dah makan tak sempat nak post dalam blog ni so kali ni aku post la... cian hubby ngan anak aku penat posing tapi aku terlupa nak post dulu tapi kali ni tak lupa dah...sowey gambar tak bape clear sebab camera handset tak canggih...hehehe

*Menu Pilihan*
tapi tak nampak sume ... sowey ek ... hehehe

*Erk ... Kenyang ... Al-Hamdulillah*
hubby dah kenyang so boleh suruh posing cikit . . . anyway TQ sebab belanja sayang makan A & W
  
*Aksi Puteriku Yang Macam Tak Puas Ati Sebab Jadi Penonton Je*
sowey sayang ... nanti sayang dah beso ibu suruh ayah belanje ye.

Tuesday 14 June 2011

MENU HARI AHAD!!!

Kari Daging

Sup Ayam

Ikan Gelama Masin

Bubur Cha Cha

MENGUSIK EMOSI ... CEWAH!!!

Kisah sepasang kembar Sarah, Farah & Lukman Hafizi (suami Sarah)... Farah terpaksa korbankan seluruh masa depannya demi wasiat arwah kakaknya Sarah yang meminta Farah mengahwini Lukman Hafizi... Farah membuat keputusan untuk memenuhi wasiat kakaknya demi anak saudaranya yang kehilangan tempat bermanja setelah Sarah tiada... Namun Lukman Hafizi terlalu menyayangi arwah isterinya... Walaupun wajah Farah seiras arwah isterinya namun tidak mampu menggugat kasihnya terhadap arwah isterinya... Baginya tiada seorang pun yang boleh menggantikan tempat Sarah di hatinya... Kejadian di satu malam dek kerana terlalu merindui arwah isterinya, Lukman Hafizi telah menghamili Farah... Namun setelah kejadian itu Lukman Hafizi bersikap acuh tak acuh menyebabkan Farah membuat keputusan untuk membawa diri ke luar negara tanpa memberitahu suaminya tentang kandungannya... Pemergian Farah menyedarkan Lukman Hafizi lalu telah ke luar negara dan berusaha menawan kembali hati isterinya yang telah terluka dengan sikapnya... Akhirnya tetap happy ending... Farah menerima Lukman Hafizi kembali dan Lukman Hafizi menyayangi Farah sepenuh hatinya seperti dia menyayangi arwah Sarah.

Novel ni memang best... tangkap nangis aku dibuatnya... walau banyak kali baca pun air mata ni mengalir gak... kalah filem hindustan.

INGATLAH WANITA!!!




Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh.. Diparut..
Diperah.. Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..


Jadi.. Kamu pilihlah samada Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..menjadi penyedap makanan..diperah segala kenikmatan..dengan mudah jatuh menjadi titisan..akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan..dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras menghadang..namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang..atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam..makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan..kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan..hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Wednesday 8 June 2011

SI KECIKKU SAYANG!!!

LAGU FAVOURITE!!!

Tengah layan lagu-lagu ni sekarang... best!!!



TUMITKU TERSEPIT!!!

Tersebutlah al-kisah 4 orang kawan, si Nana, si Lala, si En and si Dada (sume bukan nama sebenar…hihihi) lunch la kat 1 warung ni… Si En order maggie goreng yang rahsia sangat tu, si Nana dengan si Lala order kue teow goreng and si Dada ni order kue teow gak tapi kue teow goreng udang…sambil tunggu order sampai sempat la gossip2 sambil teguk air…1st order sampai maggie goreng rahsia tu pastu 2 pinggan kue teow goreng si Nana ngan si Lala… order si Dada smpi kul 1.45 tak tau ape citer… huhuhu… Nampak si tukang masak baru nak goreng kue teow si Dada lalu si Dada pun suruh bungkus je…pas bayar si Lala and si En jalan dulu balik ofis tinggal la si Nana ngan si Dada kat belakang sedang meniti titi papan… tetiba…

“Nana… Nana” jerit si Dada… si Nana menoleh ke arah si Dada.

“Nape plak ngko ni Dada?”… Tanya si Nana kepelikkan melihat si Dada terkulat2 atas titi tu.

“Tersepit la!!!” jawab si Dada.

“Apa yang tersepit?” Tanya si Nana lagi.

“Tumit kasut ni ha tersepit plak kat lubang titi ni!!!” jawab si Dada.

“Cabut la,” cadang si Nana.

“Ni tengah cabut la ni!!!” sahut si Dada sambil menarik kasut tumitnya yang tersepit tu… si Nana tersengih2 melihat gelagat si Dada… yang lagi 2 orang kawan kat jalan tu memang tak pusing belakang dah…sabo je la… memang nak kena buang la kasut tu… huhuhu

Tuesday 7 June 2011

RESEPI MALAS!!!

Malam tadi mood cam mls je tp perut nk kena isi... Ada masa2 bila angin maless tu datang ini la jadinyanya.."tukang masak kerejanya enteng, hari2 masak nasik goreng" hikhik..

Tanya hubby…bang nk mkn pe mlm ni?...jawabnya ikut syg la… so ikut aku la…amik Nasi Goreng Sardin…

“Sedap bang?”…hubby mengangguk pastu dia ckp syg blh bukak kedai mkn menu special nasi goreng ikan sardin…perli aku la tu…huhuhu

My little princess nk join skali tp sori syg bkn mknn adik…ni mknn adik (bubur nasi)…hehehe