THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 21 April 2011

INI JE LA!!!

Inilah menu yang sempat kusediakan untuk santapan aku dan suamiku...Lala goreng bercili...Sampai rumah dari Ipoh pun dah dekat jam 7.30 malam...Mujur nasi telah dimasak oleh hubbyku. 

Monday 18 April 2011

JOM BALIK KAMPUNG!!!

Mulai 22/04/2011 aku mula cuti...bawa Sara jumpa atuk ngan nenek...keluarga mertua aku pun dah tak sabar tunggu Sara balik...baca betul-betul tau...tunggu Sara balik bukan tunggu menantu ngan anak diorang balik tunggu cucu tau...cucu ngan cicit sulung la kata kan...huhuhu


Monday 11 April 2011

EMM...CEDAP!!!






Anakku dah mula makan nasi...Dah besar anak ibu...Comot...Si ibu pun comot sekali...Lepas makan terus senyum kekenyangan...Pastu tido...Timbang baru-baru ni...7.4kg


KESIAN SARA!!!

Sara ketika berada di Wad C3, Hospital Taiping…Soft tissue injury…Punca kejadian anak ‘babysitter’ pusing kaki Sara…Ingat Sara ’baby doll’ kot…Aku tak salahkan si anak kerana dia seorang budak…Tapi aku terkilan kerana kecuaian 'babysitter’ ku yang meninggalkan anakku sendirian di dalam bilik…Hmm,kerana kejadian tu hubbyku terus tukar ‘babysitter’…Sekarang Sara dijaga oleh 'babysitter' baru...Opah.

JALAN-JALAN CARI IKAN ; MAKAN KAT TAMAN!!!


Memang tiga beranak ni takde kerja...Ni Sara dari pasar...Ikut ibu dan ayah cari ikan pastu pagi-pagi buta terus melepak kat Taman Tasik...Bawa bekal nasi lemak, bihun goreng, air milo makan tepi Taman Tasik...Si ayah dengan si anak memang suka berposing tapi si ibu tukang ambik gambar sakit hati sebab tengok la dua gambar ni bila ayah tengok kamera anak entah mana pandangnya begitu lah sebaliknya...Huhuhu

NAK IKUT!!!


Si kecik ku ini pantang tengok ayah dia berbaju cantik mula mendepakan tangan atau menangis nak ikut...Dapat berdiri atas kereta pun tak kisah janji dapat keluar rumah...Macam perangai aku je...Hmmm,anak ibu...Hihihi