THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 17 November 2011

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

Baru je jadi follower blog ni sebab baru mula minat nak masak memasak ni ... walaupun dah terlewat tapi saya nak join gak contest ni ... untung batu tenggelam ... untung sabut timbul ... hehehe

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN GA :

1) Terbuka pada semua follower blog saya ini .
* dah jadi follower dah*

2) Sila TINGGAL KAN JEJAK / LINK BLOG ANDA ATAU EMAIL dalam ruang comment n3 GA ini .
*done!!!*

HADIAH-HADIAH UNTUK GA NI : klik di sini untuk lihat.

Tuesday 15 November 2011

DAH SAMPAI!!!





Novel ni hadiah dari Penulis sebab berjaya meneka lagu background salah satu blog nya dengan betul ... best!!! tapi tebal sungguh bukunya ... 858 muka surat ... entah bila baru habis baca ... apa pun TQ to Hanni Ramsul, chikadakbiru & Gomo FM.

Sunday 13 November 2011

MENU HARI SABTU!!!

Sabtu (12/11/2011) - Tak jadi pegi ofis sbb sistem PRISM tak boleh log in ... bila duduk umah macam biasa rutin suri rumah memasak,mengemas,membasuh & segala 'me' lagi la ... so, ini la menu yang menjadi habuan perut kami sekeluarga.

Sarapan Pagi :
1) Karipap sardin
2) Cucur badak
3) Nasi goreng kampung
4) Cucur untuk si kecik (kentang yang dipotong kecik-kecik+sedikit ikan bilis tumbuk yang dibuang tulangnya)
* Menu (1) - beli yang segera je cuma tugasku gorengkan je ... almaklumla aku ni tak pandai wat karipap putar tu ... karipap biasa pun tak pandai ... hehehe






Tengahari :
1) Nasi putih
2) Sambal ikan bilis petai
3) Daging goreng kunyit
4) Ikan talapia goreng
5) Bubur nasi untuk si kecik (daging+kentang+carrot)








Makan petang :
Kuey teow goreng



Makan malam :
Makan kat kampung ... lepas makan petang hubby bawak anakku gi ronda-ronda ... so,aku amik kesempatan mop lantai umah ... pas mop lantai aku bersihkan diri & solat Asar ... lps solat kami pun balkik ke kampungku ... kat Matang jeeeee.



Wednesday 9 November 2011

MENU MALAM NI!!!

Kt dalam peti ada daging, ikan talapia, sayur (bunga jagung, carrot) aje … plan nak msk kari daging, ikan talapia goreng (goreng biasa je sbb si kecik tu suka mkn ikan) & sup sayur … so,kena singgah kedai dulu la … Balik dari ofis aku singgah kedai runcit cari bahan yg blm cukup tuk dinner mlm ni.


List Barang Yang Perlu Dicari
1. Santan
2. Kayu manis
3. Bunga cengkih
4. Bunga lawang
5. Kacang buncis
6. Udang
7. Fish ball
8. Fish Cake

Sampai aje umah … rehat jap … pastu gi mandi & solat … pas solat aku start sediakan bahan2 tuk masak dinner mlm ni (daging & ikan yg dlm tmpt beku tu hubby dh kuarkan sebelum aku smpi umah lg) … so, mcm biasa aku msk hubby kena jaga si kecik ku itu (tak blh biar si kecik tu kena sentiasa dikawal sbb br dpt kaki … hehehe) ... Kul 7.45 selesai masak … Alhamdulillah, menu dinner seperti yang dirancang … di bawah ni gambar2 menu dinner ku tuk santapan mata kekwn blogger sume … hehehe




JUMPA JUGA AKHIRNYA!!!

Rasanya dah dekat sebulan mencari jus ni … akhirnya jumpa gak kat farmasi yang dekat jam besar tu … sori nama farmasi tu tak ingat … hehehe … aku cari jus ni sebab niat nak tambah susu memandangkan aku masih lagi menyusu walaupun tak sepenuhnya … semalam dah cuba rasa sedap gak manis2 buah … bau cam maajun ckit … hari ni siap bawa bekal lagi.


Ramuan Jus Kurma Pegaga

• Kurma
• Pegaga
• Kismis
• Habbatussauda'
• Halia
• Madu
• Safron

Antara khasiat Kurma Pegaga ini ialah:

1. meningkatkan kecerdasan tenaga dan minda (terutama pelajar)
2. mengatasi masalah dalaman wanita
3. membetulkan masalah haid
4. menghilangkan keletihan (sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung)
5. menambah susu ibu yang menyusukan anak
6. mengatasi masalah stress dan batuk serta mengurangkan demam terutama kanak-kanak
7. meningkatkan kesihatan untuk semua golongan
8. menambah tenaga bagi lelaki dan ahli sukan
9. sesuai diamalkan oleh pengidap darah tinggi dan tekanan darah rendah
10. mengurangkan demam





REZEKI AIDIL ADHA!!!


Biskut Strawberry Trakinas – biskut yang aku menang sempena give away pertama naza isma home made … TQ naza isma … 1/11/11 kul 3.30 petang dia datang hantar by hand lagi … ms tu ujan lebat giler … apa pun biskut ni memang sedap … dijadikan santapan sempena Aidil Adha … mendapat pujian dari seisi keluarga.

Saturday 5 November 2011

PULUT KUNING + KARI AYAM ... TERBAIK!!!


4/11/11 – Majlis bacaan Yassin di ofis ku … di majlis tersebut aku mengambil kesempatan menjamu kekawan ofis pulut kuning + kari ayam sempena umur anakku yang genap setahun … semoga anakku menjadi anak yang solehah … Amin!!!
Pulut kuning + kari ayam tu sponsor dari aku & nani yang ditempah khas dari puan chikadakbiru … TQ to chikadakbiru & mak dia yang sanggup korbankan masa tido … InsyaAllah tahun depan order lagi … hahaha


Monday 31 October 2011

25 Thing Random Give Away by Pen Merah


Setelah berjaya menang 1 contest semangat tuk cuba bermacam-macam contest cam membuak-buak pulak ... Ni ada lagi 1 contest ... Dapat tau bila ziarah blog naza isma ... Baik punya!!! Good news kekawan bloggers sume ... Ada 1 GA yang terbaik untuk disertai... GA oleh Blog Pen Merah menawarkan 25 hadiah yang hebat & mesti dimenangi ... Antara hadiah terhebat tu :

* Barangan kosmetik Stage
* T shirt lelaki
* Baju perempuan
* Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki
* Perfume
* Pendrive bentuk Canon dan Nikon

Macam mana nak join pula adalah seperti berikut : (Ni copy and paste je dari Blog Pen Merah)

1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
* DONE!!!*
2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.
* I FOLLOW... HEHEHE*
3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
* DAH COPY*
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.
* DAH TAG* 
(1) Alin
(2) Ainatul Nadrah
(3) Irnie Rinawaty
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!
* COMMENT DONE!!!*


Tempoh Contest : 21 Oktober – 10 November 2011



Saturday 29 October 2011

SELAMAT HARI LAHIR!!!

Noor Farhana Maisara ... hari ini tepat jam 1.27 pagi genap usiamu 1 tahun ...  banyak sekali kenangan tercipta ... kisah sedih, kisah bahagia telah sayang berikan kepada ayah dan ibu ... setiap kali sayang bangun dari tidur sayang berikan senyuman yang menyuntik semangat kepada ayah dan ibu untuk memulakan tugas ... setiap kali sayang ibu ambil dari rumah pengasuh sayang tersenyum dan senyuman itu menghilangkan segala tekanan di tempat kerja ... sayang memang anak yang baik ... tatkala sayang tak sihat sayang tak pernah bebankan ayah dan ibu mahupun opah yang mengasuh sayang ... tidur ayah dan ibu tak pernah terganggu ... kini gigimu mulai memenuhi ... sayang telah mula beranikan diri mengatur langkah ... mulut pula petah sekali hilang rasa sunyi yang pernah ayah dan ibu lalui suatu ketika dulu.
SEMOGA SAYANG SENTIASA JADI PENYERI DALAM HIDUP AYAH DAN IBU.

KOLEKSI GAMBAR PUTERI KESAYANGANKU

Puteriku di usia 2 bulan

Puteriku di usia 3 bulan

Puteriku di usia 4 bulan

Puteriku di usia 5 bulan

Puteriku di usia 6 bulan

Puteriku di usia 7 bulan

Puteriku di usia 8 bulan

Puteriku di usia 9 bulan

Puteriku di usia 10 bulan

Puteriku di usia 11 bulan

KAD UCAPAN UNTUK PUTERIKU YANG DIBUAT SENDIRI.

Muka Depan


Isi Kandungan


Muka Belakang



Friday 28 October 2011

MENU DINNER SEMALAM (27/10/2011)

Balik ofis dah lewat ... sampai rumah dah dekat jam 6.30 minggu ni ... so sblm mandi bukak peti sejuk keluarkan apa yang ada ... lepas mandi & solat mula lah shamida bersilat masak untuk dinner malam ni ... hihihi ... nasib baik hubby ada boleh dia tolong jagakan si baby ... menu untuk malam ni ...simple je...

Udang Masak Kuning

Sup Sawi

Ikan Kapak Goreng
  

Monday 24 October 2011

SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!!


Amacam??? Pening tak tengok??? Padatkan jadual tugas kami di NAPIC (National Property Information Center) ni ... dah tinggal lagi berapa bulan je nak hujung tahun baru nak buat planner ... emm, ikutkan je la ... SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!!

SIAP AKHIRNYA!!!

Fail Meja dah siap dicetak … Rasa puas hati bila penat lelahku selama hampir seminggu menyediakan Fail Meja untuk semua staf NAPIC Perak akhirnya berjaya dan diterima pakai oleh semua staf NAPIC Perak … ketika dalam proses pembikinan huish tension wooooo sbb NAPIC ni semua kena cari bahan sendiri … sampai tidur pun mimpikan Fail Meja.

INILAH FAIL MEJA YANG MENJADI IGAUAN MIMPIKU ... HEHEHE

Kulit Depan

Tetulang Fail

Border Setiap Tajuk

Wednesday 19 October 2011

NAZA ISMA HOME MADE - 1ST GIVE AWAY


Chikadakbiru yang perkenalkan blog ni... so aku pun join ler... mn tau kot2 menang dapat rasa biskut yang comei & sedap free... al-maklum la aku kan x pandai wat biskut... makan biskut je pandai... hihihi... so jom la join... senang je... nak join contest nom klik SINI.

SYARAT :
1. Anda mesti lah seorang Blogger yang mempunyai alamat di Malaysia --> senang nk pos ;-). SHAMIDA PUN KAT MALAYSIA JUGAK!!!

2. Jadi Follower di blog nazaisma home made ni.. SHAMIDA BR JD FOLLOWER NAZA SETELAH VISIT BLOG CHIKADAKBIRU...CAM MENARIK JE!!!

3. Once dah jadi follower, sila tinggalkan jejak blog anda di ruangan komen. SIAP!!!

 4. Lengkapkan sekali ayat ini --> Saya nak menang GA ini kerana .....TENGOK WAJAH BISKUT STRAWBERRY TRAKINAS YANG TERSENYUM MANIS TU TERUS JATUH CINTA LA...MESTI RASANYA SEDAP...TERINGIN NAK RASA...MACAM CINTA PANDANG PERTAMA PLAK.

 5. Terpulang pada anda untuk memasukkan entry tentang GA ini di dalam blog anda --> Kalau anda
masukkan lebih ramai blogger yang tahu... ENTRY DONE!!!

6. Tempoh masa GA ini adalah dari 14.10.2011 - 21.10.2011 --> seminggu sahaja

Senang je kan? So, cepat2 la join GA sulung blog nazaisma home made ni sebelum terlambat ye :)

lagi satu, once u've been my Follower, i'll follow u back << nih Ayat dr Cik NAZA yer..saya tolong promote je...dah merayap2 cikit2 kat blog naza...ade mcm2 tau...ada kek,cupcake,roti, tart di jual.

KARENAH SI SARA...IKUT KAN JE













Tengah ngantuk pun nak main game...ni la budak yang nak masuk setahun tu...macam-macam karenah.