THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 20 June 2011

SETEL DAH ... YE YE !!!

'Sketsa Perang' di pertengahan jalan menghadirkan detik pertemuan pertama antara Minah Sewel (Iman) dan Mamat 3 Suku (Arie). Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.


Iman - gadis comel yang nakal & berperwatakan kasar kerana mahu melindungi diri lantaran pengalaman dihalau ibu tirinya setelah bapa angkatnya yang dipanggil abah meninggal dunia. Kehadiran Suhaila & Razif secara kebetulan membolehkan dia menumpang kasih & sayang.

Arie - pilot yang kacak penuh karisma. Pertemuannya dengan Iman dek kerana satu kemalangan menghadirkan seorang musuh. Ditambah lagi sikap kasar & mulut celupar Iman membuatkan dia kejengkelan.

Kerana Suhaila & Razif mereka berdamai...Suhaila kakak ipar Iman & Razif abang kandung Iman yang telah lama terpisah (Iman diculik semasa bayi kerana perasaan dengki) manakala Arie best friend Razif & sekampung dengan Razif...Julia girlfriend Arie yang gedik,sombong & materialistik...Disaat Arie kecewa & sedih ditinggalkan Julia yang curang, permintaan terakhir atuknya yang sedang nazak menambahkan lagi kekusutan...Namun kematangan diri & pemikiran Iman membuatkan Arie bersetuju memenuhi permintaan terakhir atuknya yang ingin Arie memperisterikan Iman...Perkahwinan bukan atas dasar cinta menjerat Iman...Arie tidak dapat menempatkan kehadiran Iman dihatinya namun Iman sentiasa sabar & sentiasa berusaha memikat Arie...Berkat kesabaran & usaha yang diiringi dengan doa akhirnya hati Arie terbuka untuk Iman...Kehadiran cahayamata kembar perempuan mengukuhkan lagi hubungan mereka suami isteri & hidup bahagia.

Novel ni boleh tahan la...sempoi sangat...ada part wat aku tersenyum...ada bahagian wat aku nangis...biasa la aku kan sensitif...antara part yang wat aku tersenyum...suami pun nak di 'backhand' nya...yang wat aku nangis...sikap dingin Arie hingga sampai satu tahap disamakan Iman dengan x-girlfriendnya.

0 comments: