THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 19 October 2011

BLENDED BUTTER CAKE

Pada malam 13/10/2011 – excited nak wat blended butter cake nih…ptg tu msj chikadakbiru sbb t’lupa beli gula halus so nk tanya le blh ke blend je gula kasar…mlm tu slps puteri kecikku tido aku pun mula la misi ku…dalam hati x henti-henti b’doa agar kek ku m’jadi…al-maklum la aku ni si ibu dan si isteri yang baru nak b’jinak2 dgn kek,biskut ni…bila kek dah masak ……………………………….tngk komen aku & kekwn ku pasal kek ni slps gmbr.

Bahan-bahan

Setelah dituang dalam loyang 8 inci

Pandangan dari luar oven

Rupa kek selepas dikeluarkan dari oven...t'lebih garing la pulok...huhuhu

Pandangan dari atas

Setelah dikeluarkan dari loyang

Komen kekawan :
Chikadakbiru : Rasa dah ok tp cam bengkang.
Nani : Aku pun setuju.
Ain : Rasa ok je tp cam bengkang.
Kak Mila : Akak pun tak pandai pasal kek ni...nanti kena tanya sifu.
Mak Wan : Tak tau nak komen apa...hakhakhak

Dahsyat kan!!!...sampai tak t'komen kekawan ku... komen ku pulak...Kek ku ni x jadi!!!...tapi TQ to hubby sbb w/pun kek ku ni x jadi dia mkn gak...TQ kerana m'hargai penat lelah isterimu ini...hehehe...nnt aku cuba wat lg...kalo x jadi gak kena mandi bunga la aku...huhuhu

Apa pun ni resepinya :

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
4 biji telur
1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

Cara-cara

1) Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.

2)Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.

3)Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.

4)Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

5)Perbezaan kek yang dah siap...sebelah kiri, kek yang mengguna mixer..yang sebelah kanan, kek yang menggunakan blender... :)...nak tengok image klik kat sini Kek Mentega Cair (Blended Butter Cake)

6)Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.

Selamat mencuba...pada yang melawat blog ku ini & yang terer wat kek cuba la bgtau aku apa yang x kena dengan kek aku ni...huhuhu















0 comments: